Selamat Datang Ke Closet Si Comel... online apparels for your little one.

We are offering you the latest collections of branded and cute baby & kids outfits with a very affordable price.. Lets check them out...

Feel free to spend your time browsing in Comels Closet. Please, kindly click OLDER POSTS or LABELS to our available collections.

To order, please fill up the order form provided below or you may send us your orders to
scomelku@yahoo.com

Thank You and Enjoy Shopping ya....


ORDER FORM for your shopping with us.

Name :
Email Address :
Contact No :
Mailing/Shipping Address :
List Of Order :
Payment :
Order Confirmation via : Email
SMS

Form provided by Freedback.

TIPS INFO

Doa Mereka untuk kita.

Istimewanya Islam ialah kita bukan sahaja mendoakan diri sendiri bahkan kita boleh mendoakan orang lain. Sebagaimana makhluk-makhluk Allah turut mendoakan orang yang beriman. Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah makbul sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.,"Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya, "Dan bagi kamu seperti kamu pinta untuk saudaramu." (Riwayat Muslim)
Antara orang yang mungkin sering mendoakan kita ialah:·Ibu bapa·Orang lemah yang pernah kita bantu·Anak-anak yatim·Sahabat-sahabat seperjuangan dalam iman dan agama, contohnya doa umat Islam buat   penduduk Palestin·Guru yang berkongsi ilmu dengan kita dan mengenalkan kepada dunia·Malaikat·Makhluk-makhluk Allah yang lain sama ada di daratan mahupun di lautan
Sekarang sedarkah anda?
Ibu bapa yang mengasihi kita sering mendoakan anak-anaknya, orang yang memerlukan dan anak-anak yatim yang pernah kita bantu juga tak lupa mendoakan kita, doa yang ikhlas datang dari hati yang tulus. Oleh itu, banyakkan berbuat kebaikan dan jadilah hamba yang soleh agar anda sering didoakan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.

(Dipetik dari majalah Tarbawi)

................................................................................................................................................................
Jom Share Info

Salam Bahagia buat semua.

Alhamdulillah, kita masih berpeluang untuk bersama-sama berkongsi tips buat si comel permata hati penghlibur duka lara ibu dan ayah, mommy dan daddy, emak dan bapa, mama dan papa, ummi dan abi, ummi dan walid...walau apa pun gelaran anda...sememangnya anak-anak adalah harta terbaik kurniaan Ilahi.
Memandangkan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru, pastinya ramai antara kita, tidak terkecuali para ibu dan ayah sedang merancang untuk bercuti bersama anak-anak tersayang.  Tentunya setiap pengalaman yang dilalui memberikan ilmu baru buat anak-anak kita.
Apa tunggu lagi,  jom kita share info percutian bersama si kecil anda........
1. Sediakan senarai lengkap "checklist" dan catat segala keperluan asas yang harus dibawa bersama semasa bercuti.  Bagi yang mempunyai anak kecil/baby, bolehlah menyenaraikan barangan berikut untuk kegunaan anda sewaktu menikmati percutian yang dirancangkan. Baby cot, baby alarm/monitor, plastic spoons, bowls and cups, jars of baby food, toddler food and snacks, enough nappies and wipes to last the trip, first aid kit, extra dummies dan buku serta permainan kegemaran anak anda.
2. Bercuti menggunakan pesawat udara/kapal terbang? Pastikan anda memberitahu permata hati anda mengenai betapa seronoknya percutian yang bakal dilalui itu berulang kali.  Disamping itu, terangkan juga mengenai etika ketika berada di dalam pesawat.  Para ibu yang mempunyai anak kecil yang masih menyusu, jangan risau, berikan anak anda botol susu untuk diminum buat seketika sebelum kapal terbang berlepas. Ini akan dapat membantu untuk menghindari telinga mereka daripada berdengung akibat penukaran tekanan udara secara mendadak.  Manakala baby pula, akan lebih selesa berada didalam dakapan dan pangkuan anda pada saat ini.
3. Anak anak suka/cepat meragam? Apa kata anda memilih waktu perjalanan/penerbangan yang sewaktu dengan masa tidur mereka. Untuk car travels, pastikan anda menyediakan makanan ringan dan bahan bacaan atau permainan sepanjang perjalanan sekiranya anda tidak mahu perjalanan ke destinasi percutian anda diiringi dengan bebelan, ragam dan tanggisan anak-anak anda.  Suami anda juga pastinya akan berterima kasih kerana dapat memandu dalam keadaan yang tenang dan lancar.
4. Seterusnya, jangan lupa untuk membawa bekalan ubat asas bagi anak-anak seperti ubat demam, selesema, sakit perut dan sebagainya.  Sediakan juga senarai doktor dan hospital yang berdekatan bagi setiap destinasi percutian anda.
5. Malang tidak berbau.  Pastikan anda telah menyediakan pelan insurans yang bersesuaian bagi percutian anda supaya segala keperluan kecemasan boleh ditanggung oleh syarikat insurans.
6. Alangkah seronoknya sekiranya anda dapat mempelbagaikan tempat penginapan anda semasa percutian agar anak-anak berpeluang menikmati pengalaman yang berbeza. Anda akan tersenyum riang  apabila anak-anak tidak berhenti-henti bercerita mengenai pengalaman yang mereka lalui.
7. Sebelum melangkah keluar menuju ke destinasi percutian anda, jangan lupa mengatur jadual lawatan ke tempat-tempat yang mesra anak-anak kecil agar mereka tidak mudah bosan.  An interesting and fun children's pool is a must.  Jadi, apa kata anda memilih resort yang memenuhi kriteria anda and also can cater to the needs of your children.  Bercutilah di tepian pantai or resort with a nice outdoor pool. Tetapi  INGAT jangan sesekali membiarkan anak anda berada jauh dari pengawasan anda.  Bukankah anak kita memeriahkan lagi suasana percutian kita. Jadi, awasi setiap pergerakan anak kecil anda terutama yang bercuti di tepian pantai.

Apa tunggu lagi.....
Jom Bercuti & Selamat Bergembira bersama keluarga tersayang...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TIPS - Elak Anak Diculik
1. Nama dan nombor telepon
Sebelum meninggalkan rumah atau sekolah, masukkan nama anak dan nombor telepon di dalam beg agar dia dapat dihubungi. Jangan sesekali meletakkan alamat rumah kerana ia boleh mendorong orang menculik anak anda dan katakan kepada anak bahawa dia harus balik ke rumah sahaja dan tidak mengikuti sesiapa yang dia tidak kenali.
2. Anda berpisah
Andai anda keluar di khayalak ramai, katakan pada anak-anak ke mana mereka harus tujui jika terpisah. Misalnya menunggu di kaunter, air terjun atau sebagainya di kompleks tersebut. Tegaskan kepada anak dia tidak boleh bergerak dari tempat itu selagi anda tidak datang kepadanya. Minta juga dia bertemu pengawal keselamatan kompleks atau bertanya kepada ibu-ibu yang mendukung anak bahawa dia kini sesat. Jangan sesekali duduk berdiam diri dan memperlihatkan seolah-olah dia sedang sesat kerana ia mengundang minat orang untuk menculiknya.
3. Kenakan pakaian terang
Terutama kepada anak-anak tatkala keluar ke tempat awam. Anda juga harus begitu kerana ia akan memudahkan anak melihat anda dari jauh. Bawa juga tanda-tanda yang mudah anak melihatnya. Pada anda seperti beg, selendang dan sebagainya.
4. Jangan marah
Andai sudah menemui anak, jangan sesekali memarahinya kerana ia melunturkan semangatnya. Katakan bahawa anda merinduinya dan bangga kerana dapat menemuinya kembali. Jika anda memarahinya, akan menambah rasa bersalah kerana ia baru saja mengalami pengalaman menakutkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment